Sunday, 13 November 2016

Filled Under:

‘JANGAN SESEKALI HALANG ANAK KOREK DAN MAKAN TAHI HIDUNG!’- DOKTOR

‘JANGAN SESEKALI HALANG ANAK KOREK DAN MAKAN TAHI HIDUNG!’- DOKTOR







Mengorek  hidung  dan  memakan  sisanya  adalah  salah  satu  cara  terbaik  menjaga kesihatan tubuh  badan,  dakwa  seorang  doktor  terkenal  di Austria. Pakar paru­paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger berkata, golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh badan mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak­kanak mengguna pakai kaedah itu. “Dengan mengguna jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama ini tidak dapat di capai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebihbersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem immunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semulajadi sempurna untuk dilakukan” katanya.

“Dalam  kes  immunisasi,  hidung  ialah  penapis  untuk  memerangkap  bakteria  dan apabila  gabungan  ini  sampai  kepada  usus,  ia  boleh  menjadi seperti ubat” katanya.“Perubatan  moden  cuba  melakukan  perkara  sama  melalui  kaedah  yang  lebih  rumit, sesiapa  yang  mengorek  hidung  dan  memakannya dapat meningkatkan sistem immunisasi tubuh secara semulajadi dengan percuma” katanya lagi.

Dia  memberi  contoh,  kanak­kanak  gembira  mengorek  hidung  mereka  tetapi menghentikan  perbuatan  itu  apabila  dewasa  disebabkan  tekanan masyarakat yang menganggap ianya menjijikkan dan antisosial. “Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak­kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semulajadi sepenuhnya secara perubatan, ia idea yang baik” katanya. Namum apakah sudut pandangan Islam tentang hukum tahi hidung ini bolehkah dimakan? Prof Bischinger juga mengatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.





5 comments:

  1. Owhh..ok bru taw..selama nie sy perhatikan anak sy lepas korek hidung dia mkn sisa tersebut..kekadang sy marah jgak sbb bagi sorg ibu ia kelihatan jijik..bila terbaca artikel ni dan ada kebaikannya sy xkn melarang lagi anak berbuat demikian selepas ini..

    ReplyDelete
  2. Anak saya juga gitu...sekarang sudah remaja tidak lagi..

    ReplyDelete
  3. wahhh bagus info ni...pihak sekolah boleh tampal artikel ni board

    ReplyDelete
  4. Mohon kaji pandangan islam. Pandangan barat kotor

    ReplyDelete