SAH ! RUPA-RUPANYANYA INI PUNCA SEBENAR RAMLI MS BAKAL BERDEPAN HUKUKAN PENJARA !!
Komposer muzik popular Datuk Ramli MS yang gagal mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas bernikah boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti mengikut Seksyen 31 UndangUndang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013. “Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.
“Sebaikbaiknya sejurus kembali ke Malaysia pasangan yang menetap di negeri Selangor terus hadir di hadapan manamana Pendaftar di negeri ini dengan mengemukakan surat perakuan nikah dan dokumen berkaitan untuk mengesahkan perkahwinan itu telah berlaku,” kata Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shahrom Maarof kepada mStar. Tambah Shahrom lagi, pihak JAIS akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pasangan itu kerana mereka gagal mendaftarkan perkahwinan mereka selepas setahun lima bulan bergelar suami isteri.
“Jika jelas peraturan itu dilanggar, maka pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya sekali.“Bagaimanapun kes Ramli dan Alyah masih diperingkat siasatan dan mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan sama ada perkahwinan tersebut ada mendapat kebenaran di luar dan dalam negara dan perkaraperkara berkaitan sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk
dibicarakan.”
Terdahulu perkahwinan Ramli dan Alyah telah terbongkar apabila JAIS membuat serbuan di kediaman mewah Ramli di Bandar Kinrara, Puchong
0 comments:
Post a Comment